
Keupayaan menyelesaikan masalah matematik merupakan kemahiran yang amat penting dalam mata pelajaran matematik.
Mata pelajaran Matematik menikmati kedudukan
yang istimewa dalam sistem pendidikan negara kita. Namun demikian, kemerosotan
pencapaian para pelajar dalam mata pelajaran Matematik merupakan suatu
permasalahan yang sering dibincangkan dari semasa ke semasa sama ada di akhbar,
majalah, radio atau televisyen tempatan. Masalah kemerosotan mata pelajaran
Matematik yang secara amnya semakin serius jelas dilihat pada keputusan Ujian
Penilaian Sekolah Rendah (UPSR).
Pengetahuan matematik boleh
dikategorikan dalam lima jenis iaitu fakta, algoritma, konsep,hubungan antara
konsep dan penyelesaian masalah.Penyelesaian masalah merupakan satu aspek yang
sangat penting dan merupakan objektif utama dalam pembelajaran matematik. Ia
juga merupakan bentuk pembelajaran pada tahap yang tertinggi (Gagne, 1985).
Pelajar diharapkan dapat membina pengetahuan dan kemahiran baru melalui proses
penyelesaianmasalah, menyelesaikan masalah yang dihadapi dalam kurikulum
matematik sertamengaplikasikan pelbagai strategi penyelesaian masalah matematik
dalam konteks yang berbeza.Masalah matematik berayat sememangnya merupakan
komponen penting dalam kurikulum.

No comments:
Post a Comment